Kepada Semua Rakan Niaga Yang Dihormati, Terdapat Banyak Testimoni Baru & Terkini Berkaitan Semua Produk SRASEE Yang Tidak Dapat Kami Muatkan Disini. Rakan Niaga Digalakkan Untuk Menghubungi HQ SRASEE Untuk Mengetahui Testimoni Terkini Dari Masa Ke Semasa. Terima Kasih & Semoga Maju Jaya.
* Tahniah kepada para pengguna SRASEE yang atas izin Allah SWT telah dikurniakan zuriat setelah menanti sekian lama. Berkat keyakinan dan kesabaran anda menggunakan produk dengan cara yang disyorkan dan kesungguhan anda memahami konsep mudah penjagaan dan perawatan diri yang kami tampilkan kini telah membuahkan hasil yang anda impikan. Seperti mimpi kan? dengan hanya menggunakan produk SRASEE dengan kos yang sangat rendah ini dan khidmat nasihat percuma yang diberikan boleh menandingi kaedah yang menelan belanja besar? Terima kasih dan tahniah sekali lagi atas keyakinan anda semua pada kami, kini anda sudah menerima imbalannya. Alhamdulillah.
TESTIMONI : LOSYEN HALIA PALA SERBAGUNA & HALIA PALA MINT “ Saya menghidapi masalah perut sebu, kembung dan angin. Ini membuatkan saya selalu rasa tidak selesa. Tak boleh salah makan, tak boleh lebih makan dan susah nak tidur. Di tempat kerja, saya selalu rasa letih dan tak bermaya…selalu hilang tumpuan akibat perut meragam. Dah bermacam-macam jenis minyak dan losyen saya cuba, dah berjenis-jenis ubat saya gunakan, dah banyak petua saya amalkan….semuanya cuma dapat memberi kelegaan sementara saja….tak lama jadi balikkk, sehinggalah saya berkunjung ke rumah saudara saya yang tak ragu-ragu mengesyorkan saya menyapu Losyen Halia Pala Serbaguna kepunyaannya ke perut dan belakang badan saya…..Hmmm…saya cuba jugalah…tak salah mencuba… kan ? buka saja penutupnya….merebak bau wangi…tak macam yang pernah saya guna sebelum ni. Sebaik saja disapu, serta merta panasnya terasa….sapu rata-rata sampai menyerap kata saudara saya. Saya diberikan 5 biji Halia Pala Mint, disuruh kunyah dan diberi minum segelas air suam….untuk kesan lebih cepat katanya.. Mak aiii…tak sampai 5 minit, saya sendawa-sendawa dan lepas angin; macam-macam melodi keluar….cepat betul la kesannya…lega perut saya…kesan panasnya tahan betul….sampai saya balik ke rumah nak tidur pun masih terasa. Sekarang ni saya dah ok, dah balik asal, bangun pagi pun senang, badan rasa ringan, perut lawas, perut pun dah susut 3 kg dah ni ….. saya terus mohon jadi pengedar….sebab apa ?...kawan dan kenalan yang selalu tengok saya murung akibat masalah perut saya tu bertanya apa rahsia saya dah tak macam sebelumnya…apabila saya ceritakan…ramai yang mau mencuba. Alhamdulillah, dapat juga saya tambah pendapatan…malah ada yang dah mengulang beli berkali-kali…berbaloi kata mereka. Saya juga tak lokek memperkenalkan kepada kawan dan kenalan yang berminat untuk menjadi pengedar, yang jadi stokis pun ada. Syukurlah kerana kini saya bertemu dengan produk yang benar-benar SERASI dengan saya“
Encik Rosnin, Bandar Baru Uda, 54 tahun.
TESTIMONI : AROMATIC WALNUT BODY SCRUB & SHOWER CREAM
“ Pada usia 49 tahun, saya sudah tak kuasa lagi untuk membuat rawatan muka atau untuk menggunakan produk-produk kosmetik seperti pernah saya amalkan dulu. Akibatnya, muka saya berminyak, mula berjeragat, warna kulit tak sekata dan ada masa berjerawat. Kadang-kadang rasa malu nak pergi kerja dan menghadiri majlis-majlis. Saya diperkenalkan dengan Aromatic Walnut Body Scrub dan Aromatic Shower Cream oleh menantu saya. Mula-mula saya ingat untuk scrub badan saja, tapi menantu saya kata ia boleh juga diguna di muka. Kulit muka lebih lasak dari badan kerana terdedah dengan segala habuk dan kekotoran katanya. Saya menggunakan Aromatic Walnut Body Scrub di muka dan badan ketika mandi setiap 2 hari sekali dan Aromatic Shower Cream setiap hari. Ya, memang berkesan, saya dapat mengatasi masalah jeragat, kulit berminyak dan warna tak sekata pada kulit muka saya. Jerawat pun tak mau hinggap lagi. Kulit muka saya jadi lebih cerah dan nampak berseri kata kawan-kawan di tempat kerja. Saya berkongsi rahsia penggunaan kedua-dua produk ini dengan kawan-kawan dan sesiapa saja yang bertanya tanpa ragu-ragu kerana kesannya yang memang nyata.”
Puan Salmah, Larkin, 49 tahun.
TESTIMONI : LOSYEN HALIA PALA SERBAGUNA
“ Saya diperkenalkan dengan Losyen Halia Pala Serbaguna oleh jiran. Saya ni selalu rasa kebas-kebas kaki dan tangan akibat kencing manis. Setiap pagi bila hendak menunaikan solat subuh, ngilu rasa kaki bila nak berwudhu’ dan sendi-sendi terasa sakit apabila hendak ruqu’, sujud dan bangun. Saya menyapu Losyen Halia Pala Serbaguna pada bahagian-bahagian yang sakit setiap hari terutama sebelum berwudhu’. Memang berbeza, baunya wangi dan kesannya cepat. Kini saya dapat mengatasi masalah kebas-kebas dan dapat bersembahyang dengan mudah dan sempurna. Losyen Halia Pala Serbaguna memang serasi dengan saya.” Hajjah Misniah, Setia Indah, 44 tahun.
TESTIMONI : LOSYEN HALIA PALA SERBAGUNA & HALIA PALA MINT
“ Saya menjalankan perniagaan restoran, bagi mengekalkan rasa yang sedap, saya sendiri turun tangan untuk menyediakan permintaan pelanggan. Masalahnya saya kerap migrain dan ini menganggu tugas-tugas saya. Ini penyakit di bawa dari masa bujang dulu. Bila migrain, saya terpaksa makan pil yang diberi oleh doktor. Sudahlah terpaksa ulang alik ke klinik, kos lagi, leganya kejap sakitnya lama, makan pil kimia ni risau juga saya takut kesan jangka panjang yang tak elok. Satu hari tu sorang pelanggan saya menunjukkan Losyen Halia Pala Serbaguna dan Halia Pala Mint pada saya. Dia kata saya migrain pasal ada banyak asid dalam badan, Losyen Halia Pala Serbaguna Dan Halia Pala Mint ni ialah penawarnya kata dia. Untuk ambil hati pelanggan, saya pun beli la kedua-duanya. Malam apabila sudah tutup restoran, selepas mandi saya cuba untuk tidur tapi migrain yang saya dah rasakan dari petangnya terus-terusan menyerang. Macam nak pecah kepala. Saya teringatkan Losyen Halia Pala Serbaguna yang saya beli tadi. Tah nya kat mana saya nak sapu…..saya mintak isteri saya sapu badan tapi sakit kepala tak hilang lagi….saya ambil Halia Pala Mint dan kemam 3 biji sekaligus, bila dah tak tahan sakit dan rungsing akibat susah nak tidur, saya tanpa nak fikir panjang terus lumurkan Losyen Halia Pala Serbaguna ke kepala saya. Wah…sedar-sedar dah pagi….lapang kepala saya…hahaha…rambut masih ada tau. Sekarang ni saya tak ada masalah nak uruskan perniagaan saya. Sekali-sekala bila migrain menyerang, saya lawan dengan Losyen Halia Pala Serbaguna dan Halia Pala Mint. Jimat betul saya pasal tak perlu bayar mahal-mahal kat doktor. Terima kasih SRA C”. Encik Deen, Taman Tun Aminah, 35 tahun.
“ Saya mengalami masalah kemurungan akibat putus tunang. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri, selalu bersedih dan malu yang amat sangat. Saya sering menangis mengenangkan nasib sehingga saya terpaksa berhenti kerja. Ibu bapa saya membawa saya berubat dengan beberapa bomoh. Macam-macam telekan dibuat oleh bomoh yang rata-rata menggunakan gelaran ustaz. Ada yang kata saya ‘ditegur’ makhluk halus, ada yang kata saya ‘dibuat’ orang….tapi tak pulak mau beritahu siapa. Tak ada apa-apa perubahan pun pada saya malah saya semakin bosan sehinggalah Mak Ngah iaitu sepupu ibu saya datang dan mengajak saya tinggal di rumahnya dengan izin kedua orang tua saya. Di rumah Mak Ngah, saya dirawat oleh Mak Ngah sendiri. Saya berasa agak hairan kerana saya tak pernah tau yang Mak Ngah boleh merawat. Tiap-tiap hari saya disuruh berendam dalam ‘bath tub’ dibilik Mak Ngah, disuruh mencuci muka dengan air yang wangi dan titisan seperti minyak di titiskan ke jari saya supaya saya sapukan ke muka. Saya turut disapukan dengan wangian di bahagian muka, belakang telinga, tengkuk, hidung dan pergelangan tangan. Setiap kali Mak Ngah merawat, saya disuruh membaca “bismillah’ dan berniat untuk sembuh dan berkeadaan seperti sediakala. Saya hanya menurut semua arahan Mak Ngah. Hari demi hari saya sudah boleh makan dengan berselera, bersembahyang dan tidur dengan lena. Saya sudah boleh tersenyum dan berbual mesra. Selepas dua minggu di rumah Mak Ngah, saya dijemput oleh kedua orang tua saya untuk di bawa pulang. Mak Ngah membekalkan sesuatu yang di masukkan ke dalam beg saya dan berpesan agar terus diamalkan menurut apa yang telah Mak Ngah ajari selama ini. Di dalam kereta, saya bertanya dengan ibu saya mengenai pengetahuan Mak Ngah memberi rawatan. Ibu dan bapa saya hanya ketawa dan memberitahu bahawa mereka telah dimaklumkan oleh Mak Ngah bahawa Mak Ngah hanya menggunakan ‘sesuatu’ untuk merawat dan bukan dengan kaedah perbomohan mahu pun kaedah-kaedah ghaib lain. Apa ‘sesuatu’ itu? Saya segera menyelongkar beg saya dan jawapannya saya temui. Iya, sesuatu itu ialah Aromatherapy Potion dan Aromatherapy Booster. Saya menggelengkan kepala kerana selama ini Mak Ngah tidak pernah hendak menunjukkannya kepada saya. Sehingga ke hari ini saya terus mengamalkannya sebagaimana pesan Mak Ngah. Saya pun telah mendapat pekerjaan baru dan semakin yakin diri. Rakan-rakan yang pernah datang menziarah saya ketika sakit menyatakan bahawa penampilan saya amat berbeza dan wajah saya kelihatan berseri-seri. Alhamdulillah, baru-baru ini saya dipertemukan dengan seseorang dan semoga pertemuan ini berkekalan hendaknya. Sebagaimana kata-kata Mak Ngah sewaktu merawat “………apa yang kita buat ni ialah usaha, jika ada keserasian dan izin Allah, insyaallah pasti menjadi….” . Aromatherapy Potion dan Aromatherapy Booster sentiasa mendampingi saya dan di bawa ke mana-mana sahaja. Syukurlah saya telah menemui penawar untuk masalah saya.” Cik Zura, Ampang, 23 tahun.
TESTIMONI : LOSYEN HALIA PALA SERBAGUNA & HALIA PALA MINT
“ Saya mengalami masalah lebihan berat badan. Sejak berkahwin 2 tahun dulu makin menjadi-jadi pulak. Dulu saya Cuma 73 kg, sekarang 86 kg. Kawan-kawan kata saya ni penternak lemak profesional. Bengang betul la. Dia orang tak tau isteri saya ahli memasak….mana boleh saya tolak masakan isteri saya yang sedap-sedap belaka tu. Masalah besar ialah bila baju dan seluar yang ada tak muat dah…. Nak buang sayang…mahal. Saya amalkan bersenam…sikit-sikit…hehe mengah ler… Beli jugalah ubat di farmasi, nak beli yang iklan kat suratkhabar tu mahal sangat….. Tak de pun turun berat badan saya guna ubat-ubat yang saya beli tu, perut ni ha…….dah keras membatu….jejak ke lantai dah. Isteri saya pun beri galakkan….kurang hensem katanya……walaupun manisnya adeeee….. Satu hari tu isteri saya bawa balik Losyen Halia Pala Serbaguna dengan Halia Pala Mint yang dibeli dari kawan dia. Apa lagi, abis la perut saya diuli nya dengan Losyen Halia Pala macam uli roti pulak….Halia Pala Mint dia suruh kesip jer macam makan gula-gula. Haha….hari ni lepas dua minggu mengamalkan Losyen Halia Pala dan Halia Pala Mint, saya dah boleh pakai seluar yang saya beli 3 bulan sudah….perut dah tak keras lagi…dah lembut macam perut baby. Berat pun dah susut dekat dua kati….apa daaaa…macam daging pulak…dua kilo daaaa…Saya menyimpan azam untuk memakai kembali baju dan seluar waktu bujang dulu selewat-lewatnya menjelang Hari Raya tahun ni. Semoga azam saya tercapai dengan bantuan Losyen Halia Pala Serbaguna dan Halia Pala Mint…..insyaallah”
Azman, Peserai, 29 tahun.
TESTIMONI : HALIA PALA MINT
" Masalah gastrik ialah masalah utama saya, sesiapa yang mengalami masalah ni taulah betapa siksanya. Apa pun tak boleh, nak kerja lagilah tak boleh. Kalau di tempat kerja pulak bila gastrik, saya terpaksa berbaring menahan sakit. Supervisor saya pulak si mata sepet tu selalu ingat saya mengular. Selalu dia sindir saya , kalau tak boleh kerja ...balik...pastu takyah datang-datang lagi. Pilunya hatiiiiii....dah lah perut sakit...kena marah lagi..... Satu pagi tu di tempat kerja, saya gastrik lagi..... terbaring lagi saya. Datang kawan saya, dia bawa satu botol yang dia kata dia baru beli dari sepupu dia semalam. Dia bagi 3 biji suruh saya kunyah dan suruh saya minum air suam. Saya pun baring lagi lepas tu. Dalam setengah jam kemudian, supervisor saya lalu...cepat-cepat saya bangun....takut kena marah lagi. Saya pun terus buat kerja saya. Kawan saya yang bagi ubat tadi sambil lalu sambil tanya saya....amacam dah baik?....a'ah la....saya terlupa...rupanya perut saya dah ok dari masa supervisor lalu tadi. Waktu makan tengahari saya tanya kawan saya...apa ubat dia bagi saya? Dia kata itu bukan ubat, itu Halia Pala Mint...campuran tradisional yang dijadikan macam gula-gula. Saya sangat berterima kasih pada kawan saya... Sejak dari hari itu sayalah pengguna setia Halia Pala Mint."
Razali Mahusin, Taman Kempas, 32 tahun
TESTIMONI : AROMATHERAPY BOOSTER “ Anak saya Hafiz berusia 9 tahun. Hafiz ni ‘hyper active’ dan tak reti duduk diam. Kalau nak suruh belajar tu usah cakap la, macam-macam alasan. Saya pun naik rimas di buatnya. Saya pun selalu nak elakkkan diri dari pergi ke majlis-majlis keramaian . Nak pergi ke rumah sudara mara pun jadi risau kalau-kalau orang tak suka dengan gelagat Hafiz. Saya pernah berikan Hafiz Jus yang katanya boleh membaiki akhlak dan minda tapi lepas sekali beri, Hafiz dah tak mahu lagi. Nampak aja botol Jus, Hafiz dah lari lintang pukang. Saya terus mencari produk yang sesuai untuk Hafiz tapi yang penting mestilah yang tidak perlu dimakan. Satu hari sedang saya melayari internet, saya terpandang kepada produk bernama Aromatherapy Booster. Saya pun membuat pembelian dan mencubakannya kepada Hafiz. Kelihatan Hafiz seronok dengan Booster ni kerana kata Hafiz, dia sudah ada minyak wangi sendiri. Bila nak ke sekolah saya sapukan Booster Con-c supaya dia ada tumpuan begitu juga jika nak suruh dia belajar di rumah. Bila nampak dia nakal dan terlebih aktif, saya sapukan Booster Rx. Waktu malam sebelum tidur pun saya sapukan Booster Rx supaya dia rasa selesa dan tenang serta mudah tidur. Booster Active saya gunakan pada Hafiz bila dia ada aktiviti sukan saja supaya dia bersemangat. Dalam tempoh seminggu penggunaan yang berterusan nampaknya sudah banyak perubahan pada Hafiz. Dia sudah boleh mendengar kata, mahu belajar dan kurang lasak. Yang paling bagus pasal dia tak pernah menolak bila nak disapukan Booster malah gembira dan mintak disapukan selalu. Dalam ujian yang baru lepas ni Hafiz dapat memperbaiki markah dalam mata pelajaran yang sebelum ini dia lemah. Legalah saya sekarang, Aromatherapy Booster memang saya bawa ke mana-mana sebagai bekal Hafiz. Memang ringkas dan mudah. Ada kalanya saya dan suami juga curi-curi guna mengikut mood yang kami perlukan tanpa Hafiz ketahui. Kalau dia tahu menangis la dia sebab kami guna “minyak wangi” dia…..hehe
Puan Nidawaty Azman,KotaTinggi, 29 tahun
TESTIMONI : AROMATIC INTIMATE WASH & SHOWER CREAM
“Saya suka mencuba produk-produk yang berada di pasaran. Antara produk yang saya tak miss beli ialah cecair pencuci wanita. Tapi yang dijual di kedai runcit memang dah lama saya tak beli…faham sendirlah kenapa? Bau tak mengancam….bau tengek dah tu kalau terjatuh abis semua tumpah. Kawan saya jadi pengedar produk Srasee Bodycare yang memang tahu sungguh minat saya telah mengesyorkan Aromatic Intimate Wash. Dia bagi saya test sikit, hmmm…ada perbezaan nampaknya…pekat sungguh. Saya pun beli sebotol. Uniknya Aromatic intimate Wash ni selain pekat ialah ia bertindak menghilangkan kegatalan termasuk ruam dan rengsa. Boleh guna suami isteri pulak tu. Kalau bab terlepas pegang tu dah banyak kali tapi pasal ia pekat dan penutupnya jenis yang elok, langsung tak tumpah. Bau haruman ros nya memang mantap pasal tu agaknya nama dia Aromatic. Dah masuk dua bulan saya gunakan dengan kerap tapi macam tak berganjak pulak kuantiti dia. Bila celah-celah pelipat rasa gatal-gatal pun saya guna Aromatic Intimate wash. Saya sapu terus tanpa bancuh dengan air kat tempat yang gatal, biarkan 2-3 minit baru bilas. Alhamdulillah setakat ni berkesan. Saya juga ada belikan sebotol Aromatic Intimate Wash & Aromatic Shower Cream untuk nenek saya yang terlantar sakit. Nampaknya kesan-kesan lecetan pada bahagian belakang badan nenek dan mula pulih dan nenek tidak sibuk mengadu gatal-gatal badan lagi. Nenek juga kelihatan lebih segar dan ceria sejak ibu memandi dan mengelap badannya menggunakan Aromatic Shower Cream. Benarlah kata kawan saya tempohari bahawa produk keluaran Sra C Beauty & Health bukan hanya untuk satu kegunaan saja tapi pelbagai guna. Lebih baik lagi kerana ia tidak tertumpu kepada penggunaaan mereka yang sihat saja tetapi juga kepada mereka yang uzur. Saya rasa inilah produk yang benar-benar serasi dengan saya dan keluarga dan akan terus setia dengannya.
Puan Azlinna Che Wan, Putri Wangsa, 41 tahun
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ * Para pelanggan yang dihormati, hantarkan kepada kami testimoni anda berkaitan mana-mana produk kami. Hantarkan testimoni anda bersama satu bukti pembelian produk berupa label belakang @ keratan kotak produk yang mempunyai logo syarikat beserta nama, alamat, umur, photo wajah dan nombor telefon kepada kami. Testimoni yang terpilih akan menerima hadiah dari kami. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami menerusi e-mail: info@srasee.com