Tidak pernah berniaga sebelum ini? Tidak tahu bagaimana hendak menjual produk-produk kami? Usah risau kerana anda akan diberikan penerangan lengkap produk dan kaedah jualan apabila anda menyertai kami sebagai Rakan Niaga. Anda juga akan mendapat aksess bagi maklumat/testimoni terkini serta peluang bertanya dan konsultasi berterusan dari pihak Pengurusan kami.
" Usah malu untuk berniaga sebaliknya malu jika meminta-minta, kurang wang untuk menyuap rezeki ke mulut & tersekat-sekat untuk berbelanja"
WARISKAN KEJAYAAN ANDA & BUKAN SEBALIKNYA
Berusaha Pada Perkara Yang Tepat & Dengan Cara Yang Tepat PASTI Membuahkan Hasil Membanggakan
Mulakan perniagaan anda dengan modal yang murah dan sangat berpatutan bagi ketujuh-tujuh produk dan bukan bermodal hanya untuk satu atau dua produk sahaja. Kadar keuntungan yang sangat besar sehingga 100% mengikut pilihan anda. Penghantaran / pos parcel percuma. Bertindak sekarang !
Dengan SRASEE, segalanya mudah! Kami okay & enjoy membantu anda ! --------------------------------------------------------------------- Tak Kenal Maka Tak Cinta Belum Dicuba Mana Nak Tahu? SRASEE Bukan Produk Buat-Buat Cerita Testimoni Pengguna Jadi Penentu !
Beramal Kita Kerana Ilahi Khusyuk Berdoa Yang Terbaik Cuma Kita Berdoa Dikurniakan Rezeki Rezeki Di Depan Mata Kita Lepaskan saja
Dengan SRASEE Silaturrahim Terkait Halia Pala Mint Bukanlah Pahit Bila Patah Semangat Patahlah Duit Jika Putus Asa Putuslah Duit
Khasiat SRASEE Sudah Di Yakini Berkat Doa Yang Tiada Jemu Kata Berbau Hasad Dan Dengki Petanda Mereka Yang Cetek Ilmu
Anda masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan ?
Anda masih tercari-cari peluang untuk mengembangkan atau mempelbagaikan perniagaan anda ?
Peluang dibuka kepada semua yang rajin berusaha dan mempunyai minda yang terbuka !
Sekiranya anda berminat untuk menjadi Pengedar, Sub Stokis @ Stokis, modal permulaan & keuntungan yang menarik ditawarkan. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.
Keuntungan nyata, jual terus dapat untung. Tidak perlu kumpul point. Tidak perlu kumpul kebencian orang. Tidak perlu nak cakap berbelit-belit. Mereka yang baru nak berniaga & tidak pernah bergiat dalam perniagaan pun PASTI boleh memperolehi pendapatan yang membanggakan. Dengan produk-produk kami, anda mencari rezeki halal di samping beramal membantu mempertemukan pelanggan-pelanggan anda dengan produk-produk yang serasi dengan mereka.
Sila Hubungikami untuk maklumat berkaitan atau tinggalkan nombor telefon anda untuk kami hubungi.
Produk Yang Terbukti Berkesan Memang Tidak Susah Untuk Di Jual. Rakan-rakan Niaga Kami Amat Berkeyakinan & Menggandakan Pendapatan Mereka Dengan Fakta Ini. Ikut 2 Langkah Mudah Ini.
1) Fahamkan khasiat produk, gunakan sendiri dengan betul seperti disyorkan & digunakan dengan yakin & berterusan.
2) Maklumkan Kepada Ahli Keluarga, Rakan, Jiran & Kenalan Mengenai Testimoni Diri Anda Sendiri Apabila Menggunakan Produk SRASEE. Beri Mereka Merasai & Mencubanya. Tidak Perlu Paksaan, Mereka Pasti Membelinya. Terlebih mudah jika mereka pernah mencuba produk lain yang seumpamanya.
Selepas Beberapa Ketika, Anda PASTI! Akan Menerima Belian Ulangan. Dalam Beberapa Minggu Terawal Anda Bergerak Aktif Memperkenalkan Produk-produk Kami, Anda Pasti Akan Melihat Peningkatan Kepada Pendapatan Anda. Sila Buat Catatan Keuntungan Peribadi Anda Untuk Penilaian Keuntungan Yang Terus Bertambah.
Rangkaian Produk SRASEE Adalah Bersifat 'Straight Forward' Dimana Anda Akan Merasai Kehebatannya Apabila Anda Menggunakannya Dengan Yakin, Berterusan & Memahami Khasiatnya. Testimoni kesan Positif Yang Anda Perolehi Daripada Menggunakan Produk-produk SRASEE Adalah Lebih 'realistik' Dan Bermakna Apabila Anda Memperkenalkannya Pula Kepada Ahli Keluarga, Rakan, Jiran & Kenalan Yang Lain.
SRASEE Sangat Menitikberatkan Agar Rakan Niaga SRASEE Terlebih Dahulu Menggunakan Kesemua Produk-produk SRASEE Bagi Mendapatkan Testimoni Sebenar Kehebatan Produk SRASEE. Dari Pengalaman Rakan Niaga-Rakan Niaga Yang Berjaya Menghasilkan Pendapatan Lumayan Menerusi SRASEE, Terbukti Bahawa Mereka Menjadi Pengguna Setia Produk SRASEE Dan Sangat Gigih Berinteraksi Dengan HQ SRASEE Untuk Lebih Mendalami Khasiat & Kegunaan Produk.
Kami di SRASEE Mengambil Pendekatan Iaitu Sekiranya Rakan Niaga Hendak Menghasilkan Pendapatan Yang Berkat Secara Maksimum, Mereka Mestilah Menceritakan Testimoni Sebenar Mereka Serta Mempunyai Niat Murni Untuk Membantu Mempertemukan Produk Yang Benar-benar Serasi Kepada Pelanggan Mereka Dan Bukan Hanya Berharap Untuk Semata-mata Menghasilkan Keuntungan Walhal Mereka Tidak Menggunakan & Tidak Berkeyakinan Dengan Produk SRASEE.
Pihak Pengurusan Sentiasa Mengalu-alukan Sebarang Pertanyaan & Sentiasa Bersedia Untuk Memberikan Khidmat Nasihat Kepada Semua Rakan Niaga.
....................................................................... Sertai kami sebagai PENGEDAR, SUB STOKIS atau STOKIS.
Terbuka untuk semua Warga Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei & mereka dari lain-lain negara yang berminat.
( Our invitation to offer as our Distributor, Sub Stockist or Stockist are open to all w/o limitation to any country/ies ) All enquiry/ies are welcome. Join us now. It's never too late to gain !
Keistimewaan sebagai PENGEDAR. SUB STOKIS dan STOKIS kami :
i. modal yang minima dan sangat berpatutan
ii. berpeluang memasarkan produk berkualiti tinggi, berkesan dan dengan harga yang amat berpatutan yang mudah dijual dan senang membuat jualan ulangan, produk juga sah berdaftar dengan jabatan-jabatan dan badan-badan yang diwajibkan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
iii. berpeluang memasarkan kesemua rangkaian produk kami tanpa kos yang membebankan
iv. anda dapat memberi banyak pilihan produk kepada para pelanggan dan bukan tertumpu kepada satu produk sahaja
v. bantuan professional dari eksekutif-eksekutif dan staf-staf kami yang sedia memberi tunjuk ajar dalam perkara berkaitan produk dan perniagaan
vi. berpeluang memasarkan produk-produk baru yang dikeluarkan syarikat dari masa ke semasa
vii. berpeluang untuk mempelajari dan memahami produk, selok belok pemasaran dan maklumat terkini pasaran menerusi Stokis-stokis kami yang sangat berpengalaman
viii. berpeluang menyertai kempen-kempen semasa / berkala kami
ix . tiada belian wajib/paksa (maintain) secara bulanan mahu pun berkala
x. peluang memperolehi pendapatan pukal & berterusan bagi kategori Sub Stokis & Stokis berdasarkan syarat-syarat mudah yang ditetapkan
xi. Hak ' ekslusif ' bagi pengedaran produk SRASEE kerana kami tidak mengamalkan sistem 'consignment' kepada sesiapa pun sama ada individu, kedai @ kiosk. Kami juga tidak mengedarkan produk kami secara borong dan kerana itu produk SRASEE tidak mudah diperolehi di merata-rata tempat kecuali di premis Rakan Niaga SRASEE atau dari Rakan Niaga individu.
Sertai kami untuk perniagaan jangka panjang & berterusan.
Peluang ini terbuka untuk mereka yang bercita-cita mahu mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik. Usah ragu-ragu kerana kami memberikan hanya yang terbaik kepada anda. Kami berhasrat agar dapat melahirkan peniaga-peniaga berjaya yang dapat bergerak dan maju seiringan bersama-sama kami.
Bertindaklah sekarang, hubungikami untuk maklumat selanjutnya. Rebut dan mulakan penghasilan anda sekarang juga. Peluang yang cerah menanti anda. atau Tinggalkan Nombor Telefon Anda Di sini Untuk Kami Hubungi
RAKAN NIAGA YANG TERUS MENJADI STOKIS SRASEE YANG BERJIWA USAHAWAN & SENTIASA BERUSAHA GIGIH TANPA KENAL ERTI PUTUS ASA SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
SAHABAT ROSELLE MARKETING - JOHOR BAHRU WARIS UNGGUL ENTERPRISE - TAIPING PERAK --------------------------------------------------------------------------------------- Contoh terbaik Rakan Niaga yang telah berjaya menerusi konsentrasi terhadap produk SRASEE dan kerana kegigihan, tidak mengenal putus asa serta sentiasa berinteraksi dengan HQ SRASEE bagi mendalami pengetahuan berkaitan produk-produk SRASEE
1. PUAN HASRIZAN TAIB & ENCIK MOHD AZRIN PETALING JAYA SELANGOR ( KINI BERTARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Rakan Niaga kami Puan Hasrizan Taib di Petaling Jaya selangor telah naiktaraf STOKIS SRASEE pada 20 Ogos 2010 setelah bermula sebagai Sub Stokis pada 1 Ogos 2010 (dalam tempoh 19 hari sahaja). Suatu pencapaian yang sungguh menakjubkan. Gabungan & keserasian Puan Hasrizan & suaminya Encik Mohd Azrin seorang pakar IT ialah paksi kepada pencapaian yang membanggakan ini. Kini Puan Hasrizan Taib menaungi sejumlah Sub Stokis & Pengedar yang terus bertambah dari masa ke semasa. Bagi pengguna produk SRASEE di Selangor, Kuala Lumpur dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Hasrizan Taib & Encik Mohd Azrin Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Hasrizan Taib & Encik Mohd Azrin Semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Selangor, Kuala Lumpur & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Hasrizan Taib & Encik Mohd Azrin untuk keterangan lanjut)
2. ENCIK ZAINAL & PUAN RESDYNI SIMPANG RENGGAM ( KINI BERTARAF STOKIS SRASEE ) Diiktiraf sebagai pakar Aromatherapy SRASEE kerana sangat berkepakaran dalam memberikan khidmat nasihat penggunaan Aromatherapy yang berkesan berdasarkan pengalaman mereka menggunakannya secara konsisten dari mula menyertai SRASEE sehingga kini. Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Rakan Niaga kami Encik Zainal & Puan Resdyni kini telah naiktaraf sebagai STOKIS SRASEE dalam tempoh 6 bulan sahaja setelah bermula sebagai Pengedar (Oktober 2010) kemudian naiktaraf kepada Sub Stokis dan kini STOKIS (April 2011) Encik Zainal & Puan Resdyni adalah Rakan Niaga yang digambarkan oleh pihak Pengurusan SRASEE sebagai pasangan muda yang bersikap positif, gigih & pasti boleh berjaya. Puan Resdyni juga membuat 'consultation' bagi masalah-masalah berkaitan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan rumahtangga. Bagi pengguna produk SRASEE di Simpang Renggam, Kluang, Sedenak, Kulai, Pontian & sekitarnya kini boleh dengan mudah mendapatkannya dari Encik Zainal & Puan Resdyni. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Zainal & Puan Resdyni Semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
(Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Simpang Renggam, Kluang, Sedenak, Kulai, Pontian & Sekitarnya boleh menghubungi ENCIK ZAINAL & PUAN RESDYNI untuk keterangan lanjut)
3. PUAN SILAWATI & ENCIK MOHD SHAH FARRY ( KINI BERTARAF SUB STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Rakan Niaga kami Puan Silawati & Encik Mohd Shah Farry telah naiktaraf SUB STOKIS SRASEE pada April 2011 setelah bermula sebagai Pengedar pada November 2010 . Pihak Pengurusan sangat tersentuh dengan kesungguhan Puan Silawati yang tanpa jemu dan tanpa kenal erti putus asa untuk berbakti kepada masyarakat sekeliling dalam memperkenalkan produk SRASEE. Demikian juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Shah Farry yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Puan Silawati. Bagi pengguna produk SRASEE di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Silawati Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Silawati & Encik Mohd Shah Farry Semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Silawati untuk keterangan lanjut)
4. PUAN ZUBAIDAH AWALUDIN & ENCIK ZAIMUDIN AWALUDIN ( STOKIS DI SINGAPURA - CHAI CHEE STREET ) Kami di SRASEE dengan bersyukur & bangga ingin memaklumkan Rakan Niaga kami bertaraf STOKIS yang pertama di Singapura iaitu Puan Zubaidah Awaludin & Encik Zaimudin Awaludin telah memulakan tugas sebagai Stokis SRASEE bermula pada bulan Julai 2011. Alhamdulillah dengan adanya Stokis di Singapura diharap dapat memudahkan sekalian warga Singapura yang sebelum ini menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan produk SRASEE sehingga terpaksa mencari di merata-rata kiosk dan kedai di Johor Bahru demi untuk mendapatkan manfaat dan khasiat dari produk-produk jenama SRASEE. Disamping itu, dengan adanya Stokis SRASEE di Singapura juga dapat membuka peluang niaga kepada warga Singapura yang berminat untuk menambah pendapatan melalui produk-produk SRASEE. Keyakinan jitu Stokis kami ini terhadap keberkesanan produk-produk SRASEE bermula dengan kisah-kisah menarik sebagai pengguna SRASEE. Kami amat berterima kasih kepada Puan Zubaidah Awaludin & Encik Zaimudin Awaludin di atas sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada SRASEE. Semoga segala manfaat dapat diperpanjangkan kepada sekian warga Singapura.
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Negara Singapura boleh menghubungi Puan Zubaidah Awaludin & Encik Zaimudin Awaludin untuk keterangan lanjut )
5. PUAN SITI SAFIAH & TN HJ KAMARUL BAHARIN ( TARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Puan Siti Safiah & Tn Hj Kamarul Baharin telah secara rasmi menyertai kami sebagai STOKIS SRASEE pada 16 September 2011 setelah bermula hanya sebagai pengguna produk SRASEE . Pihak Pengurusan sangat berbesar hati untuk menerima Puan Siti Safiah & Tn Hj Kamarul Baharin sebagai Rakan Niaga. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini semenjak bergelar STOKIS adalah sangat menakjubkan dan begitu aktif dalam memasarkan serta memperkenalkan khasiat dan jenama SRASEE. Pihak Pengurusan sangat kagum dan menyanjungi semangat dan sikap positif Puan Siti Safiah & Tn Hj Kamarul Baharin yang tidak pernah mengenal jemu dan penat lelah untuk memperkenalkan SRASEE sebagai satu ibadah serta penambahan rezeki. Bagi pengguna produk SRASEE di Bandar Muar dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Siti Safiah & Tn Hj Kamarul Baharin. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kami buat Puan dan Tuan Haji, semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Muar & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Siti Safiah & Tn Hj Kamarul Baharin untuk keterangan lanjut)
6. ENCIK ZULKARNAIN ( KINI BERTARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Rakan Niaga kami Encik Zulkarnain telah naiktaraf sebagai STOKIS SRASEE pada 26 September 2011 setelah bermula sebagai Pengedar pada 20 September 2011 (dalam tempoh 6 hari sahaja) . Pihak Pengurusan berasa amat gembira kerana keputusan Encik Zulkarnain untuk naiktaraf ke STOKIS adalah setelah meyakini keberkesanan serta mudahnya memasarkan produk SRASEE . Demikian juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Norhafizah yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Encik Zulkarnain. Bagi pengguna produk SRASEE di T Scientex Pasir Gudang dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Encik Zulkarnain. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Zulkarnain & Puan Norhafizah. Semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Tmn Scientex Pasir Gudang & Sekitarnya boleh menghubungi Encik Zulkarnain untuk keterangan lanjut)
7. ENCIK A. MALEK ( TARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Encik A. Malek telah secara rasmi menyertai kami sebagai STOKIS SRASEE secara serta merta pada 3 Oktober 2011 setelah mencuba produk SRASEE dan telah sangat berpuashati dengan keberkesanannya. Pihak Pengurusan sangat berbesar hati untuk menerima Encik A. Malek & isteri beliau Puan Norsiah sebagai Rakan Niaga. Minat, keyakinan & sikap positif Encik A. Malek & isteri terhadap SRASEE menyebabkan Pihak Pengurusan sangat teruja dan penuh percaya untuk memberikan peluang niaga untuk memasarkan serta memperkenalkan khasiat dan jenama SRASEE kepada mereka. Bagi pengguna produk SRASEE di Endau dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Encik A. Malek & Puan Norsiah. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kami buat Encik A. Malek & Puan Norsiah, semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Endau & Sekitarnya boleh menghubungi Encik A. Malek & Puan Norsiah untuk keterangan lanjut)
8. PUAN HAJJAH NORAINI ( TARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Puan Hajjah Noraini telah secara rasmi menyertai kami sebagai STOKIS SRASEE bermula pada 25 Oktober 2011 setelah meyakini kehebatan, kemampuan & daya saing SRASEE mengharungi pasaran. Pihak Pengurusan sangat berbesar hati untuk menerima Puan Hajjah Noraini sebagai Rakan Niaga. Disifatkan sebagai peniaga wanita yang mempunyai daya keusahawanan tinggi & sememangnya sudah berjaya, penyertaan Puan Hajjah Noraini sebagai Rakan Niaga SRASEE adalah sangat dialu-alukan . Pihak Pengurusan sangat teruja dan penuh percaya untuk memberikan peluang niaga untuk memasarkan serta memperkenalkan khasiat dan jenama SRASEE kepada Puan Hajjah Noraini. Tahniah juga diucapkan kepada suami Puan Hajjah Noraini iaitu Tuan Haji Ahmad Latiffi serta anak-anak yang menjadi pendorong kepada kejayaan Puan Hajjah Noraini selama ini. Bagi pengguna produk SRASEE di Melaka, Bukit Gambir dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Hajjah Noraini. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan dari kami, semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Melaka, Bukit Gambir & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Hajjah Noraini untuk keterangan lanjut)
9. PUAN MUSLIMAH ( TARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Puan Muslimah telah secara rasmi menyertai kami sebagai STOKIS SRASEE pada 28 Oktober 2011 setelah mencuba produk SRASEE dan telah sangat berpuashati dengan keberkesanannya serta meyakini betapa mudahnya memasarkan produk SRASEE. Kami sangat tersentuh kerana Puan Muslimah telah berjaya mendapatkan sejumlah pesanan produk SRASEE daripada para pelanggan beliau walaupun SEBELUM menyertai kami sebagai Rakan Niaga lagi. Pihak Pengurusan sangat berbesar hati untuk menerima Puan Muslimah sebagai Rakan Niaga. Minat, keyakinan & sikap positif Puan Muslimah terhadap SRASEE menyebabkan Pihak Pengurusan sangat berbesar hati untuk menemui sendiri Puan Muslimah di Temerloh Pahang. Bagi pengguna produk SRASEE di Temerloh Pahang dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Muslimah. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kami buat Puan Muslimah, semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan, kerjaya serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Temerloh Pahang & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Muslimah untuk keterangan lanjut)
10. PUAN MIMA ( KINI BERTARAF STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Rakan Niaga kami Puan Mima telah naiktaraf sebagai STOKIS SRASEE pada 27 Disember 2011 dalam tempoh 30 hari sahaja setelah mula menyertai SRASEE sebagai Sub Stokis. Pihak Pengurusan berasa kagum akan kesungguhan Puan Mima dan dorongan serta galakkan suaminya Encik Idris. Keyakinan pasangan ideal ini kepada SRASEE bertitik mula setelah diperkenalkan kepada produk SRASEE oleh Puan Hjh Noraini (Stokis) dan bermula sebagai pengguna. Sejak daripada itu Puan Mima & Encik Idris telah bersungguh-sungguh mendalami segala konsep & ilmu SRASEE tanpa mengenal penat dan jemu. Bagi pengguna produk SRASEE di Sungai Udang Melaka dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Mima & suami. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Mima & Encik Idris. Semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Maju terus maju, kalau yakin & suci hati pasti boleh! Tahniah sekali lagi Puan Mima adalah salah seorang Stokis SRASEE yang paling banyak menyalurkan testimoni-testimoni kejayaan dan keberkesanan pengguna produk SRASEE.
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Sungai Udang Melaka & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Mima & Encik Idris untuk keterangan lanjut)
11. PUAN HAJJAH SALMIAH ( TARAF SUB STOKIS SRASEE ) Kami di SRASEE dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Puan Hajjah Salmiah dengan rasminya menyertai barisan Rakan Niaga kami sebagai STOKIS SRASEE bermula 2hb Febuary 2012. Pihak Pengurusan sangat berbesar hati untuk menerima Puan Hajjah Salmiah dan sangat berkeyakinan dengan keupayaan Puan Hajjah Salmiah untuk mendidik para kenalan dan masyarakat berkenaan kaitan antara kesihatan dengan SRASEE berdasarkan latarbelakang dan pengalaman luas beliau sebagai pesara Jururawat Berdaftar & Terlatih. Bagi pengguna produk SRASEE di Air Hitam Muar, Semerah, Sg Balang, Pagoh dan sekitarnya kini boleh mendapatkan produk SRASEE melalui Puan Hajjah Salmiah Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Hajjah Salmiah kerana ingin terus berbakti kepada semua menerusi SRASEE Semoga terus maju jaya & terus gigih dalam kehidupan serta perniagaan. Tahniah sekali lagi
( Bagi sesiapa yang berminat menyertai Rakan Niaga SRASEE sama ada sebagai Pengedar, Sub Stokis @ Stokis di Air Hitam Muar, Semerah, Sg Balang, Pagoh & Sekitarnya boleh menghubungi Puan Hajjah Salmiah untuk keterangan lanjut)
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA SUB STOKIS-SUB STOKIS & PENGEDAR-PENGEDAR SRASEE YANG TERUS GIGIH BERUSAHA. SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN DITAMBAHKAN REZEKI OLEH ALLAH SWT KEPADA ANDA SEMUA RAKAN NIAGA SRASEE YANG DIHORMATI & DIKASIHI SEKALIAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.¯ (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.¯ (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaâi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.¯ (Riwayat at-Tirmizi)
orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.¯ (Ar-Raâd: 28)
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.¯ (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.¯ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.¯ (Riwayat Bukhari)
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya¯ (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya (Ibnu Abbas)
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.¯ (Riwayat Bukhari)
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.¯ (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.¯ (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.¯ (Ali Imran: 145)
Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).¯ (At-Thalaq: 3)
Hadis yang diriwayatkan dari Abu Bakar ra ada dua jalan, yang pertamanya yang bermaksud: "Tidak akan masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh dari sumber wang yang nerakalah yang layak baginya." (riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya),
manakala riwayat yang lain bermaksud: "Tidak akan masuk syurga tubuh badan yang membesar dengan sumber yang haram." (riwayat al-Khatib al-Tabriziy di dalam Miyskah al-Misbah).
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya,jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya" (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).
"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"(Hadith Riwayat Muslim).
Hamka berpendapat bahawa sumber dan rezeki yang haram besar pengaruhnya kepada akhlak dan tingkah laku manusia. (Tafsir al-Azhar, Prof. Dr. Hamka, jld:1, hlm:377
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?” (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi)
Daripada Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, mereka tidak peduli dari mana dia ambil rezekinya, tidak peduli halalkah atau haram rezeki yang diterimanya. (al-Bukhari, no:2059)
Penghujungnya setiap orang akan berada di hadapan Allah SWT bagi menerima balasan, hal ini jelas dalam hadis Rasulullah SAW daripada Mua'z bin Jabal yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam selagi mana dia tidak menjawab akan empat soalan; jasadnya kemana digunakan, umurnya di mana dihabiskan, dan akan ditanya akan hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana pula dibelanjakan, serta apa yang dilakukan dengan ilmunya." (riwayat al-Tarmidzhi, jld:7, hlm:101, hadis hasan sohih)
Pernah seorang wanita solehah berpesan kepada suaminya ketika keluar rumah mencari rezeki dengan berkata: Wahai suamiku! Takutlah kamu akan Allah di dalam mencari rezeki, sesungguhnya kami (anak isteri) boleh bersabar atas kelaparan tetapi tidak akan sabar menanggung api neraka.
Firman Allah yang bermaksud: Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal salih, sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51).
Ibn Kathir berpandangan: "Makanan yang yang baik untuk badan hendaklah makanan yang tidak memudaratkan jasad dan memudaratkan akal…" (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:1, hlm:434)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. (al-Nahl:114)
Daripada Aisyah telah berkata yang bermaksud: Abu Bakar al-Siddiq pernah memiliki seorang budak suruhan. Pada suatu hari budak suruhan ini telah datang dengan membawa makanan, lalu Abu Bakar pun memakan dari apa yang dibawa oleh budak suruhan itu. Lantas budak suruhan itu bertanya kepada Abu Bakar, tahu tak kamu apa ini (makanan yang dibawa), Abu Bakar menjawab: Apa dia? Lalu budak itu memberitahu kepada Abu Bakar, dulu zaman jahiliah aku pernah menilik untuk orang ramai, sedang aku ini bukanlah seorang tukang tilik yang handal melainkan aku khianati orang dengan dustaan tilikan. Aku terserempak dengan orang yang pernah aku tilik lalu memberi aku makanan yang telah engkau makan sebentar tadi. Tanpa berlengah Abu Bakar telah memasukkan jarinya ke dalam mulut dan memuntahkan semua yang telah dimakannya. (riwayat al-Bukhari, no:3554, Kitab al-Manaqib)
Diriwayatkan juga bahawa Umar bin al-Khattab ra merasakan sesuatu yang tidak selesa setelah minum susu, lantas Umar bertanya kepada yang telah memberinya susu tadi, dari mana kamu beroleh susu ini? Orang yang memberinya menjawab aku telah memerahnya daripada unta yang disedekahkan ketika unta-unta sedang minum air. Lantas Umar memasukkan jarinya kemudian memuntahkan apa yang telah diminumnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia,makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
"Hai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baikyang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).